Thursday 31 January 2019

Gagal Ujian JPJ

Assalamualaikum, aku tulis ni untuk tatapan masa hadapan namun sekiranya ada yang terbaca, aku sangat gembira untuk berkongsi pengalaman pahit ini.

Seperti tajuk di atas, yup aku gagal ujian JPJ bukan satu atau dua kali ye, tetapi 3 KALI. Terkejut tak hihihih. But before aku sambung , aku nak warning yang there's no happy ending at the end of my story, you get what I mean? Dan ada perkara yang sangat tak dijangkan berlaku. Stay tuned..

Biasalah dalam hidup pasti dilanda ujian tapi ujian yang aku lalui ni tak seberat mana berbanding orang lain. Walaubagaimanapun aku tetap kecewa, sedih, rasa putus asa. Berapa banyak air mata yang mengalir tu tak boleh nak cakaplah. Faham tak bila kau gagal dalam sesuatu, memang sedihlah kan.

UJIAN JPJ PERTAMA

Waktu ujian pertama ni aku gagal dua2 bahagian jalan raya & juga litar. Aku gagal kat bukit untuk kedua-dua bahagian tu. Bahagian bukit ni memang  my biggest fear lah. Dan betul2 terjadi apa yang aku sangat takutkan tu. Aku tak sempat pun nak keluar sekolah memandu dah gagal aigooo..

UJIAN JPJ KEDUA

So, untuk ujian kedua ni aku dah tau apa kesalahan dan kekurangan aku waktu ujian pertama tu.
Jadi aku usaha untuk improve bukit. Dan aku berjaya yahooo. But wait, aku berjaya kat bukit jelah huhuhuhhu. Aku masih gagal untuk kedua-dua bahagian, hmmm sangat sedih. Kat jalanraya aku termasuk jalan bertentangan, memang agak terkilanlah sebab careless dan aku pun rasa down sangat waktu yelah dah gagal kat litar kan. Untuk litar tu aku gagal kat tiga penjuru sebab terlanggar garisan. Btw, aku ambik manual.

UJIAN JPJ KETIGA

Rasa nak tulis panjang je untuk test ketiga ni. As I mentioned above, yes there's something unpredictable happened. Setelah dua kali aku gagal untuk kedua-dua bahagian, akhirnya aku gagal jugak utuk kedua-dua bahagian untuk kali ketiga ni. SABRINA OH SABRINA...
Ok aku memang dah berazamlah untuk aku lulus test ketiga merangkap test terakhir aku. Tapi perancangan manusia tak boleh lawan perancangan Allah. Insya-Allah ada hikamhnya. Aku dengan family waktu tu tengah kat melaka, pastu tetiba mak aku cakap yang cikgu aku Meninggal. Aku pon cam cikgu mana rupa-rupanya cikgu memandu. ALLAHU.. kerani sekolah memandu kata nak cari pengganti tapi tak dapat , cikgu kat situ ada 2 je, sorang meninggal tinggallah satu je. Aku last belajar bulan 8 tahu lepas. Aku agak tak yakinlah kan, tetiba je nak test alahai. Tapi dah bayar aku pon hadaplah. Aku ni yang belajar dengan cikgu pon tak lepas inikan takde cikgu.

 JPJ pun tanya awak ni tak belajar ke. Aku pun katalah tak sebab cikgu meninggal. Sebelum tu aku dah cuba menagih simpati waktu kat litar dan aku pon harap kat jalan raya ni dia ada kasihan kat aku tapi takpelah dorang pun kena kekalkan integriti. Lepas aku gagal litar ni serius aku down sangat, mengalir gaklah air mata ni sebab ni kali terakhir tau. Aku sampai taknak test jalan raya sebab dah konfem2 aku gagalnya sebab litar dah gagal. Sebenarnya lesen L aku mati bulan 3. Pastu pagi2 tu JPJ cakap yang ni adalah test kali terakhir kat IMKEDA, nak ulang lagi 2-4 bulan. Ada kawan aku haritu nak test pun kena tunggu bulan 5. Aku rasa cam depressed tau waktu tu, aku dah tak keruan, perasaan aku bercampur baur. Bayangkanlah kau nak Final tapi kau tak study langsung, agak2 probability kau nak lulus tu camana.

 Benda ni jadi tiba2 tau, rasa tersepit sangat. Duit pon dah banyak habis ditambah dengan cikgu meninggal, lesen nak mati, nak ulangan pun lambat lagi dahlah nak masuk sem 2 dah 11.2 ni. Dahlah kena marah2 dengan JPJ serius aku jawab suara terketar-ketar tahan nangis. Apa salahnya cakap baik-baik, sebab you don't know that person and how your words will affect their life. Please be kind, you are not in my shoes and don't know what I've been through .

 Aku kena mula dari awal baliklah jawabnya, nak tukar auto tapi nak kerja dulu kumpul duit dulu.
Goodluck for my second sem.

The END.





29 comments:

Unknown said...

Saya hr ni gagal jpj kali ke 3.sedih yg amat sgt

Izzaaaa92 said...
This comment has been removed by the author.
Izzaaaa92 said...

Semalam first test jpj sy... sy gagal tang bukit mcm sis.... Taw x la kerasukkan apekah sampai tekan brek be4 line kuning.. Aiyooooo..mmg down gile.. Kalah down putus cinta.. Minggu depan test kali ke 2...ade kah ade sinar lulus??? Hope lulus la... Xmo ulang2....

Unknown said...

Awak ni memang cekal orangnye,orang baik macam awak ni,dia punye ending mesti baik punyer,percayalah awak akan lulus kali keempat

Unknown said...

Acik nk share jgk walaupun bkn pengalaman acik tp org terdekat la. Dian dia dh 3 kali test tiga2 gagal sekali ke 2/2 bahagian yg kedua dan ke-3 gagal kat 3 penjuru kesian dia tak tahu nk tolong mcmmana suruh dia sabar je try lh utk 4

Adriana Izzati said...

Saya gagal semalam utk kali kedua 😭 sedih dan down sgt. Hbs duit satu hal, hbs masa lagi. Msa latihan saya tak pernah buat salah. Sbb tu ckgu lepaskan saya ke jpj. Tp hmm πŸ˜”

HudaHafiza said...

Salam. Saya hari ni gagal ujian motor bahagian 3 untuk kali ke 2☹️. Dahlah 2 hari lepas gagal ujian kereta yg jalan raya jugak. Saya rasa kecewa sangat dengan diri saya. Hmm kenapa lah kena susahkan benda yang mudah ��

echa radzuan said...

Salam sis, saya baru je habis ujian jpj harini. Datang pagi2 pukul 8, pkul 10 bru dpt buat RPK, pkul 2 dpt buat jalan raya. Saya gagal dua-dua bahgian sis. Saya bila da gagal litar tu je da mula nak nangis bila gagal jalan raya pon saya dah tak tahan dah nak nangis.sementara tnggu grabcar sampai mata saya da mengalir da habis basah mask saya. Saya stress sangat sis fikir malu gagal, duit nak kena repeat jpj, duit nak renew L (jpj dia kata free bulan 4 now bulan 1) lama sungguh! Saya kalau boleh nak habis cepat tapi tulah takda rezeki.. Saya sampai rumah menangis teruk2 😞

ysmnzhm said...

Salam sis, situasi sis ni sama la dengan saya. 3/3/21 ni jpj test kali ke4 😣

Unknown said...

Sis... Samalah jugak saya pon gagal jugak jpj tapi motor lah. Sedih dia taktau nak ckp mcm mana. Lesen saya pon dah nak mati bulan 4 ni. Terpaksa repeat balik utk motor bahagian 2. Lepastu kereta pulak.Skrg ni rasa mcm down sgt2. Masa Praktis okay.. tapi masa jpj... Taktau la kenapa jdi mcm tu. Redha saja😭 sis kuat org nya. Tabahnya sis. Saya doakan kita semua lulus dan dapat lesen! AAAMMMIINNN

Mieka said...

Saya nk ambil ahad ni risau la tk lulus.. Dh gelisah sgt2.. Sbb masa latihan saya kena marah teruk sbb tk boleh drive

Mieka said...

Boleh thu tak mcm mana ada semngat nk buat even dah gagal

MeiMei said...

Saya next week 29/3 first time buat jpj test . tapi tak nampak sinar akan lulus tu , dah nama nya kita ni first time bawa kereta kan , manual lagi tu . So bila enjin tiba2 mati , lupa signal , cikgu tu akan marah tengking2 sampaikan saya sentiasa takut n gugup utk bawa kereta . End up disebabkan takut , nervous tu saya sllu buat kesalahan di atas jalan raya . Dan paling stress , sepanjang di atas jalan raya , cikgu saya membebel sepanjang jalan marah2 dengan nada yg kasar . kita pun stress juga . Sekarang ni mmg down n takut sgt n tak yakin utk jpj test yg akan dtg .

Unknown said...

same with me..smpai sy nangis depan tutor tu..sbb sy trlalu kecewa sngatt2

Unknown said...

sama dengan saya.. 1st test sy gagal di bukit..memang kecwa sngat,tpi sy lulus d lebuh raya.. test ke 2 saya gagal d 3 penjuru,nak habis sdh pun tpi gagal..sedihh kecewaaa gilaaa..smpai malu nak balik rumah, yg ke 3 gagal bukit lgi,,ni kali sy betul2 tak boleh tahan nangis..saya nangis depan tutor saya..nti nak rpeat kali ke 4..sy hrp lepas ni sy pass...😭😭😭

Al-Zaman said...

Its okay sis, biasanya yg lambat dpt akan jadi pemandu yg bagus di atas jalan raya. Sama mcm saya. 5 tahun lepas dh pernah buat lesen kete, xpi gagal kat litar & tak repeat & biar je hangus mcm tu. Xpi saya pakai kete dh 4 tahun mcm tu sampai skang n masih xder lesen haha. Tahun ni saya buat semula lesen kete. Gagal dekat jalan raya lak adehh. Litar lulus. Frust gak xdi sebab time training x pernah salah. Time jpj aku jadi blurr jp. Boleh lak aku x benti masa persimpangan. Jawab dia patah balik haha. Next repeat bulan 7. Pkp punya hal memang lambat nk bagi ke repeat. Bulan 7 je ada slot. Wish me luck.

Aisyah Fudzi said...

Salam sis hari ni sy 1st test dan gagal dua2 bahagian . Litar sye gagal di selekoh Z dan jalan raya sye gagal sbb x tukar laluan dan lemah dalam kawalan stereng . Sebelum ni latihan jalanraya tak ada masalah . Rasa kecewa sangat . Balik rumah , kena bebel dgn mak ayah . Rasa down sgt .Bulan depan test kli ke 2 , harap² lulus la

Unknown said...

Cite bab lesen ni memang lain macam sikit.Dulu 1st buat lesen time abis spm(2019).dan2 pulak hari yg kite nk 1st test tu daftar utk Stam(stam daftar Awal thn.So of course nk tunggu cuti panjang barulah nk test...so decide nk test time cuti raya.Malangnya time bln 3 kerajaan isytiharkan pkp. So tertangguhlah nk test tu sampai lh ujung thn 2020.Kalau igt bln 12 tu mmg semua kena belajar online..so amiklah masa dlm 1hari utk jpj dan keputusannya "gagal"(litar shj) .So far xpe sbb baru sekali kan.So kali kedua nk try blk...hasilnya ttp gagal.Rasa bangang gile sbb dh byk duit habis.Akhirnya buat keputusan utk hold dulu sampai abis exam stam.Exam abis bln 4,tpi baru bole test time bln 9 thn ni.So pergilah refresh semula dlm sehari.. Esok trs test.tpi alhamdulillah yg ketiga ni lulus... Punye rase down gile sblm tu... Tpi perancangan Allah ialah yg terbaik

Luqman said...
This comment has been removed by the author.
Augustine Iran said...

Sama la kita ni. Saya dr hari ptama smpai hari ke-3 tak lepas bukit maklumlah xprnh bawak manual cuma tau basic je tu pun guna motosikal clutch. Kt pusat sini ada 10 kereta manual, lain kereta lain rasa clutch dia.. ada clutch tggi ada yg rendah.. ada la rasa menyesal ambik manual.. saya tnya diorg dpt ke tak tukar lesen auto tp diorg cakap xdpt nak xnak gohet je la.. ptg ni hari-4 saya belajar.. doakan yg baik² je ni πŸ˜“

Unknown said...

Sy pun fail juga sis smlm. Hahahah sumpah sedih.. mggu dpn repeat lagi.. fail sblum kluar jalan raya lagi. Adeh. Sbb xbagi signal.. so far dlm litar sy lulus..

razi said...

Nak tanya, sekiranya gagal di litar, utk ujian lebuh raya tu, diteruskan atau kita akan stuck di litar saje?

Unknown said...

Omg omg sama macam i. Baru gagal jpj semalam kat litar & jalan luar. punyalah aku confident nak lulus last last gagal. Pergghhhh dia punya nervous sampai tahap gigil satu badan.
Insyallah next month repeat huhu mintak2 lulus lahh :'( poket i makin tipis dah ni ya allah haih

Unknown said...

Kalau gagal test jpj perlu bayaran ke?

Maira Sy said...
This comment has been removed by the author.
amalin_saifullizaan said...

Ye sis...saya pon rasa down gila bila fail dua dua bahagian
Harini baru test kedua...haraplah lulus salah satu ataupon dua dua

Farah @ Cik Ah said...

saya gagal 12/5/2022..kena retest bulan 7..lama lg tu..1st test gagal 2 bahagian..harap kali kdua ni lulus..sedih sgt duit dh lebur habis..lesen tk dpt2

Ain_S said...

Saya gagal test jpj untk kali-2...8/12/22....sedih sngat 😒😒. Dah lh sekarang ni x tau bape kali je bolh test...skali test dh lh mahalπŸ˜₯πŸ˜₯....saya gagal kat bukit...2 kali cubaan pon gagal...rasa nak give up je......

Sharul said...

Kalau dh gagal 3x ulang dari awal ke?mcm ceramah