Wednesday 22 August 2018

APP UNTUK BELAJAR BAHASA

ASSALMUALAIKUM :)
Hari ni aku nak kongsi few apps yang korang boleh download dalam phone dan belajar di mana2 sahaja.
Aku ni sejenis manusia yang suka belajar bahasa baru sebab banyak sangat manfaat contohnya boleh tingkatkan kreativiti & jadi smarter.
Tapi sampai sekarang tak boleh lagi nak cakap bahasa ketiga huhuhu. Banyak app yang aku dah cuba untuk belajar bahasa dan aku akan senaraikan top 3 best apps for learning new language yang aku sedang guna.

1.DUOLINGO
Duolingo ni memang 100% free cuma kalau tak nak iklan je kena bayar. Tapi iklan duolingo ni tak banyak so tak serabut pun. Kelebihan Duolingo ni dia ada banyak pilihan bahasa untuk kita belajar dan ada total 28 BAHASA untuk dipelajari WOW. Ada dua daripada 28 bahasa ni merupakan fictional language.
Aku lebih suka guna DUOLINGO dalam laptop dari guna phone sebab dia ada nota untuk grammar.

2.LINGODEER

LINGODEER punya app memang terbaiklah sebab ada nota untuk grammar sekali so kita boleh faham camana nak susun ayat yang betul. Ada 8 BAHASA yang boleh dipelajari. Currently aku study mandarin kat sini, & before this aku study korean tapi satu benda yang payah dalam nak menuntut ilmu ni adalah istiqamah.

3.HELLO CHINESE

NIHAO.
Aku suka study chinese kat sini sebab rasa cam senang je btw app ni dengan lingodeer macam lebih kurang je. Aku start guna app ni since tahun lepas & overall best. 

Tuesday 21 August 2018

BOOK REVIEW: IMPIAN JALANAN BY TEME ABDULLAH

ASSALAMUALAIKUM kepada sesiapa yang melawat blog yang dah terbengkalai lama ni hihihi.

Harini aku nak buat satu book review iaitu buku IMPIAN JALANAN yang ditulis oleh TEME ABDULLAH.


 Buku IMPIAN JALANAN merupakan salah satu daripada siri jalanan dan IMPIAN JALANAN merupakan koleksi ketiga siri jalanan ni. Yang pertama PELUKIS JALANAN seterusnya ARKITEK JALANAN dan yang ketiga IMPIAN JALANAN. Aku dah pernah baca PELUKIS JALANAN cuma ARKITEK JALANAN je yang tak pernah baca lagi.


Buku-buku yang ditulis oleh TEME ABDULLAH ni memang bestseller dan banyak menang anugerah. Kenapa? Sebab buku-buku TEME ni memang karya yang terbaik, cemerlang dan gemilang. Setiap hasil tulisan beliau berjaya menyentuh hati pembacanya. Buku beliau sememangnya mempunyai content yang high quality.


So, aku nak cerita sikit pasal IMPIAN JALANAN ni. Buku ini merupakan kisah tentang seseorang yang bernama Iskandar yang banyak menempuh pelabagai dugaan dan rintangan untuk berjaya. Iskandar ni sewaktu kecil merupakan seorang yang gagap , dan kalau korang nak tau pasal kisah kejayaan Iskandar ni kenanlah baca buku ni.

ORANG KATA MELUKIS TAK BOLEH JADI KAYA. TAK BOLEH JADI JUTAWAN. TAK APA . BIAR AKU CUBA.

Banyak gila pengajaran dalam buku ni yang kita boleh relate dengan hidup kita. Salah satunya, orang mungkin nampak yang kita ni dah berjaya , yes hakikat di mata manusia kita ni dah berjaya tapi orang tak tahu betapa strugglenya kita nak capai kejayaan tu. Next, manusia ni suka sangat jadi penghukum, dorang nampak luaran je tapi dorang tak tahu apa2 pun pasal diri kita sebenarnya. Aku jugak belajar erti kebahagiaan dalam buku ni, bahagia ni bukannya terletak pada kekayaan semata-mata.

Aku sangat recommend korang beli dan baca buku ni, kisah yang sangat menginspirasikan yang ajar korang jangan cepat putus asa. BTW, TEME ni merupakan graduan IJAZAH SARJANA MUDA dengan kepujian dalam bidag ARCHITECTURE di sebuah universiti di London. Hasil lukisan dia memang tip top lah boleh stalk insta dia ya.


Buku ni berharga RM 33 di SEMENANJUNG & RM 35 bagi SABAH & SARAWAK. Boleh beli                                       dimana-mana kedai buku yang berhampiran.