Thursday 31 January 2019

Gagal Ujian JPJ

Assalamualaikum, aku tulis ni untuk tatapan masa hadapan namun sekiranya ada yang terbaca, aku sangat gembira untuk berkongsi pengalaman pahit ini.

Seperti tajuk di atas, yup aku gagal ujian JPJ bukan satu atau dua kali ye, tetapi 3 KALI. Terkejut tak hihihih. But before aku sambung , aku nak warning yang there's no happy ending at the end of my story, you get what I mean? Dan ada perkara yang sangat tak dijangkan berlaku. Stay tuned..

Biasalah dalam hidup pasti dilanda ujian tapi ujian yang aku lalui ni tak seberat mana berbanding orang lain. Walaubagaimanapun aku tetap kecewa, sedih, rasa putus asa. Berapa banyak air mata yang mengalir tu tak boleh nak cakaplah. Faham tak bila kau gagal dalam sesuatu, memang sedihlah kan.

UJIAN JPJ PERTAMA

Waktu ujian pertama ni aku gagal dua2 bahagian jalan raya & juga litar. Aku gagal kat bukit untuk kedua-dua bahagian tu. Bahagian bukit ni memang  my biggest fear lah. Dan betul2 terjadi apa yang aku sangat takutkan tu. Aku tak sempat pun nak keluar sekolah memandu dah gagal aigooo..

UJIAN JPJ KEDUA

So, untuk ujian kedua ni aku dah tau apa kesalahan dan kekurangan aku waktu ujian pertama tu.
Jadi aku usaha untuk improve bukit. Dan aku berjaya yahooo. But wait, aku berjaya kat bukit jelah huhuhuhhu. Aku masih gagal untuk kedua-dua bahagian, hmmm sangat sedih. Kat jalanraya aku termasuk jalan bertentangan, memang agak terkilanlah sebab careless dan aku pun rasa down sangat waktu yelah dah gagal kat litar kan. Untuk litar tu aku gagal kat tiga penjuru sebab terlanggar garisan. Btw, aku ambik manual.

UJIAN JPJ KETIGA

Rasa nak tulis panjang je untuk test ketiga ni. As I mentioned above, yes there's something unpredictable happened. Setelah dua kali aku gagal untuk kedua-dua bahagian, akhirnya aku gagal jugak utuk kedua-dua bahagian untuk kali ketiga ni. SABRINA OH SABRINA...
Ok aku memang dah berazamlah untuk aku lulus test ketiga merangkap test terakhir aku. Tapi perancangan manusia tak boleh lawan perancangan Allah. Insya-Allah ada hikamhnya. Aku dengan family waktu tu tengah kat melaka, pastu tetiba mak aku cakap yang cikgu aku Meninggal. Aku pon cam cikgu mana rupa-rupanya cikgu memandu. ALLAHU.. kerani sekolah memandu kata nak cari pengganti tapi tak dapat , cikgu kat situ ada 2 je, sorang meninggal tinggallah satu je. Aku last belajar bulan 8 tahu lepas. Aku agak tak yakinlah kan, tetiba je nak test alahai. Tapi dah bayar aku pon hadaplah. Aku ni yang belajar dengan cikgu pon tak lepas inikan takde cikgu.

 JPJ pun tanya awak ni tak belajar ke. Aku pun katalah tak sebab cikgu meninggal. Sebelum tu aku dah cuba menagih simpati waktu kat litar dan aku pon harap kat jalan raya ni dia ada kasihan kat aku tapi takpelah dorang pun kena kekalkan integriti. Lepas aku gagal litar ni serius aku down sangat, mengalir gaklah air mata ni sebab ni kali terakhir tau. Aku sampai taknak test jalan raya sebab dah konfem2 aku gagalnya sebab litar dah gagal. Sebenarnya lesen L aku mati bulan 3. Pastu pagi2 tu JPJ cakap yang ni adalah test kali terakhir kat IMKEDA, nak ulang lagi 2-4 bulan. Ada kawan aku haritu nak test pun kena tunggu bulan 5. Aku rasa cam depressed tau waktu tu, aku dah tak keruan, perasaan aku bercampur baur. Bayangkanlah kau nak Final tapi kau tak study langsung, agak2 probability kau nak lulus tu camana.

 Benda ni jadi tiba2 tau, rasa tersepit sangat. Duit pon dah banyak habis ditambah dengan cikgu meninggal, lesen nak mati, nak ulangan pun lambat lagi dahlah nak masuk sem 2 dah 11.2 ni. Dahlah kena marah2 dengan JPJ serius aku jawab suara terketar-ketar tahan nangis. Apa salahnya cakap baik-baik, sebab you don't know that person and how your words will affect their life. Please be kind, you are not in my shoes and don't know what I've been through .

 Aku kena mula dari awal baliklah jawabnya, nak tukar auto tapi nak kerja dulu kumpul duit dulu.
Goodluck for my second sem.

The END.